P-EXCELL MANAGEMENT SDN BHD (P-Excell) telah didaftarkan semula pada 1 Disember 2009 setelah ditukar nama daripada Syarikat Primula kapas Island Village Resort yang domain sejak tahun 1997. Syarikat ini akan menjadi jentera kepada beberapa aktiviti PMINT.
Objektif penubuhan P-Excell adalah untuk menyediakan khidmat pengurusan yang cemerlang dan melaksanakan projek yang diamanahkan dengan penuh dedikasi seperti kehendak pelanggan agar dapat bersaing secara professional dalam dunia perniagaan dan seterusnya menambahkan keuntungan kepada syarikat dan pelabur dalam pelbagai aktiviti yang dilaksanakan.
Aktiviti utama syarikat adalah berfokus kepada pembinaan, memajukan hartanah, kerja-kerja infrastruktur serta termasuk industri minyak dan gas.